PELUANG INFAQ SABIL DI TANAH SUCI MEKAH
KONGSI REZEKI BERSAMA TETAMU ALLAH DAN REBUT GANJARAN PAHALA 100000* KALI GANDA
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang memberi makan kepada seorang yang beriman hingga membuatnya kenyang daripada rasa lapar maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu Syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain.” —— Riwayat at-Tabrani.
Jom rebut peluang untuk menginfakkan makanan untuk tetamu Allah di Tanah Suci Mekah. Makanan akan diagihkan setiap hari oleh petugas Maghfirah Travel untuk mereka yang memerlukan di sekitar Masjidil Haram.
Alhamdulillah, Maghfirah Travel sering mengadakan program infaq sabil (infaq di jalan Allah) di perkarangan Masjidil Haram. Aktiviti ini sering dijalankan bersama petugas-petugas dan jemaah umrah Maghfirah Travel.
Oleh itu kami dengan berbesar hati ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama berkongsi rezeki yang di bumi Mekah yang penuh berkah ini.
Kami hanya membuka peluang ini untuk 1,000 pek makanan sahaja setiap hari. Pilih berapa pack yang anda ingin infaq, insyaAllah kami akan uruskan semuanya dekat sana.
Hadiahkanlah pahala sedekah ini buat diri sendiri, ibu bapa, keluarga dan orang-orang yang tersayang.
InsyaAllah moga Allah terima segala ibadah kita