Laksanakan Ibadah Qurban Anda Dengan Mudah, Sah & Telus
Diuruskan oleh petugas Maghfirah Travel berpengalaman lebih 13 tahun di Tanah Suci Mekah.
Kenapa Pilih Qurban Bersama Kami?
Pengalaman, ketelusan, dan ketaatan kepada hukum syarak — itu komitmen kami untuk anda.
Di Tanah Suci Mekah
Pelaksanaan di sekitar Makkah — Kilo Asyarah & Hudaybiyah.
Patuh Syarak
Mengikut garis panduan syarak sepenuhnya, sah & sempurna.
Agihan Asnaf
Daging diagihkan kepada penduduk tempatan & fakir miskin.
Telus & Dipercayai
Setiap proses didokumentasikan dan dikongsi kepada peserta.
Apa Yang Anda Akan Dapat?
Setiap pendaftaran termasuk bukti pelaksanaan untuk memastikan ketelusan & keyakinan anda.
Gambar Pelaksanaan
Gambar sebenar pelaksanaan qurban anda di Makkah.
Video Sembelihan
Rakaman video sembelihan sebenar sebagai bukti.
Sijil Digital
Sijil digital rasmi sebagai bukti ibadah anda.
Pelaksanaan Qurban
-
Hari Nahar & Tasyrik Dilaksanakan pada 10, 11, 12 & 13 Zulhijjah.
-
Diselia Pakar Petugas berpengalaman lebih 13 tahun di Makkah.
-
Mengikut Syarak Sepenuhnya menepati garis panduan syarak.
-
Lokasi Penyembelihan Kilo Asyarah & Hudaybiyah, sekitar Makkah.
Kenapa Perlu Tunaikan Qurban?
-
Menghidupkan Sunnah Mengikut sunnah Nabi Ibrahim AS.
-
Mendekatkan Diri Bertaqarrub kepada Allah SWT.
-
Membantu Asnaf Menggembirakan golongan fakir & miskin.
-
Membersihkan Jiwa Menyucikan jiwa & harta dengan ibadah.
Pilih Pakej Qurban Anda
Setiap pakej disertakan dengan gambar pelaksanaan, video sembelihan & sijil digital.
Syarat Sah Qurban
Untuk memastikan ibadah qurban anda sah, beberapa syarat wajib dipenuhi.
Syarat Orang Berqurban
- Beragama Islam
- Baligh & berakal
- Mempunyai kemampuan kewangan
- Niat kerana Allah SWT
- Merdeka (bukan hamba)
Syarat Haiwan Qurban
- Ternakan: kambing, lembu, unta
- Sihat & bebas penyakit
- Tidak cacat
- Kambing: ≥ 1–2 tahun
- Lembu ≥ 2 tahun · Unta ≥ 5 tahun
Syarat Waktu Sembelihan
- Selepas solat Aidiladha (10 Zulhijjah)
- Hingga 13 Zulhijjah sebelum maghrib
- Hari Nahar & Hari Tasyrik
FAQ — Soalan Lazim
Jawapan kepada soalan paling kerap ditanya oleh peserta qurban kami.
Qurban Unta — Per Bahagian atau Per Ekor?
Setiap satu nama peserta mewakili satu bahagian atau ekor haiwan yang didaftarkan.
Jika anda ingin mendaftar satu ekor unta untuk 7 ahli keluarga, sila pilih 1 ekor unta dan isikan 7 nama peserta.
Jika anda memilih satu bahagian unta, sila pilih 1 bahagian dan isikan 1 nama sahaja. Anda juga boleh mengisi nama keluarga sebagai wakil ibadah.
Apakah pengertian Ibadah Qurban & Aqiqah?
Ibadah Qurban ialah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing pada Hari Raya Aidiladha. Aqiqah pula ialah penyembelihan haiwan ternakan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.
Apakah syarat untuk melaksanakan Ibadah Qurban?
- Beragama Islam
- Baligh
- Berakal
- Berkemampuan
- Merdeka (bukan hamba)
Apakah syarat untuk melaksanakan Ibadah Aqiqah?
Kadar aqiqah berbeza mengikut jantina anak. Anak lelaki disunatkan dua ekor kambing, anak perempuan seekor kambing.
Apakah hukum melaksanakan Ibadah Qurban & Aqiqah?
Hukumnya adalah Sunat Mu’akkadah — sunat yang sangat dituntut untuk dilakukan oleh umat Islam.
Di manakah lokasi pelaksanaannya?
Untuk pelaksanaan ibadah qurban tahun 2026 / 1447H, pihak kami menggunakan lokasi penyembelihan di sekitar Makkah:
♥ Kilo Asyarah (Makkah)
♥ Hudaybiyah (Makkah)
Kedua-dua lokasi ini sesuai dan telah digunakan untuk tujuan penyembelihan dengan pengurusan teratur.
Bilakah qurban akan dilaksanakan?
Tarikh pelaksanaan qurban ialah antara 10–13 Zulhijjah (Hari Nahar & Hari Tasyrik).
Apakah spesifikasi haiwan Maghfirah?
Cukup umur:
- Lembu, Kerbau & Kambing: minima 2 tahun
- Biri-biri: setahun atau sudah bersalin gigi
Berat & baka (Kambing):
- Berat hidup: minima 15kg
- Berat bersih: minima 7.5kg
- Baka: kambing & biri-biri
Bagaimanakah agihan daging qurban & aqiqah diuruskan?
Bagi daging qurban & aqiqah di Makkah, petugas kami akan mengagihkan secara mentah kepada penduduk tempatan dan fakir miskin.
Siapa akan menguruskan qurban & aqiqah setiap peserta?
Diuruskan oleh petugas-petugas Maghfirah Travel yang berpengalaman lebih 7 tahun menguruskan sembelihan di Makkah.
Bila bukti video pelaksanaan diberikan kepada peserta?
Gambar dan video umum sembelihan akan diberikan oleh petugas setelah selesai sembelihan. Jangkaan 5–7 hari.
Daftar Sekarang & Laksanakan Qurban Anda di Mekah
Tempat terhad setiap tahun. Slot cepat penuh menjelang Aidiladha — pastikan tempat anda hari ini.