Safari Qur'ani Bersama Maghfirah Travel 5 Hari 4 Malam (Edisi Kundasang Sabah)



TERMA & SYARAT – SAFARI QUR’ANI 2026

Anjuran: Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd


1. Kelayakan Peserta

Pakej ini terbuka kepada semua individu berumur 18 – 65 tahun yang berada dalam keadaan sihat dan mampu mengikuti jadual aktiviti harian program.

2. Harga Pakej

Harga seperti yang dinyatakan dalam brosur rasmi. Termasuk tiket penerbangan pergi balik, bagasi 20kg, penginapan 4 malam, makan 3 kali sehari, pengangkutan bas, tiket lawatan, dan perlindungan takaful berkelompok.

3. Tempahan & Bayaran

* Tempahan disahkan selepas bayaran deposit RM1,000 seorang diterima.

* Baki bayaran perlu dijelaskan selewatnya 45 hari sebelum tarikh keberangkatan.

* Kegagalan menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh ditetapkan boleh menyebabkan tempat dibatalkan tanpa notis.

4. Pembatalan Penyertaan oleh Peserta

Sekiranya peserta membatalkan penyertaan:

* Lebih daripada 45 hari sebelum tarikh keberangkatan: Deposit akan dipulangkan setelah ditolak caj pemprosesan RM300 seorang.

* Kurang daripada 45 hari sebelum tarikh keberangkatan: Deposit tidak akan dikembalikan, dan bayaran penuh mungkin dikenakan mengikut terma pembekal.

5. Perubahan atau Pembatalan oleh Penganjur

Maghfirah Travel & Tours berhak untuk menukar jadual perjalanan, tarikh, atau membatalkan program sekiranya berlaku situasi luar jangka seperti cuaca buruk, isu keselamatan, atau perubahan polisi negara.

Jika program dibatalkan oleh pihak penganjur, bayaran akan dipulangkan sepenuhnya atau peserta boleh memilih tarikh alternatif.

6. Dokumen & Tanggungjawab Peserta

Peserta bertanggungjawab memastikan:

* Pasport sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh berlepas.

* Dokumen perjalanan lengkap dan mematuhi semua syarat imigresen.

* Sentiasa mematuhi arahan jurupandu, mutawwif, dan peraturan tempatan.

7. Lain-lain Perkara

* Sebarang tambahan perkhidmatan seperti bilik tunggal, penginapan tambahan, atau pengangkutan khas akan dikenakan caj tambahan.

* Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang peribadi, kelewatan penerbangan, atau situasi luar kawalan.

* Terma & syarat ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Deposit RM1000 Safari Qurani 2-5 Feb 2026 HABIS STOK
Safari Qurani 2-5 Feb 2026 (Bilik Berdua) HABIS STOK
Deposit RM1000 Safari Qurani 22 - 25 June 2026
25
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN